Unit Pembangunan Kecemerlangan Akademik (UPKA)

Fungsi Unit Pembangunan Kecemerlangan Akademik

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) bertanggungjawab untuk melahirkan modal insan yang
kompeten, berinovasi, berdaya saing serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan
negara. Teras utamanya ialah dengan menambahbaik kualiti pengajaran dan
pembelajaran, seperti yang terkandung di dalam teras kedua Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara (PSPTN). Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, UNIMEL perlu
menyediakan pelantar yang mantap yang dapat menggabungkan fungsi utama Institut
Pengajian Tinggi iaitu; Pengajaran, Penyelidikan dan Perkhidmatan. Pihak UNIMEL telah
menjalankan usaha peningkatkan kompetensi pensyarah menggunakan kaedah dan
silibus yang pelbagai.

Objektif Pelaksanaan Unit Pembangunan Kecemerlangan Akademik

1. Membantu penghasilan graduan berkualiti yang menepati keperluan negara.
2. Membantu penjaminan kualiti perkhidmatan Pengajian Tinggi Negara selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah bergantung kuat kepada kualiti dan kompetensi sumber manusia di UNIMEL, terutamanya pensyarah.
3. Menyediakan pelantar dan saluran Profesional dalam pembelajaran dan pengajaran di UNIMEL.