Info Unit Akreditasi & Jaminan Kualiti (UAJK)

MAKLUMAT ASAS UNIT

Unit Akreditasi & Jaminan Kualiti (UAJK) telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan pada asalnya dikenali sebagai Unit Kualiti dan Akreditasi di bawah pentadbiran Naib Canselor. Kini, unit ini beroperasi di bawah Pusat Tanggungjawab Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA).

UAJK berperanan sebagai pusat penyelarasan bagi pengurusan akreditasi dan jaminan kualiti akademik universiti. Unit ini bertanggungjawab menyelaras, memantau serta memberikan khidmat sokongan kepada fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj) dalam semua urusan berkaitan akreditasi program pengajian, pematuhan standard kualiti serta pelaksanaan penambahbaikan berterusan.

 

Peranan utama UAJK adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan khidmat nasihat, kepakaran dan sokongan teknikal kepada fakulti serta PTj berkaitan pengurusan kualiti.
  2. Menyelaras permohonan akreditasi sementara, akreditasi penuh dan pengekalan akreditasi program pengajian yang ditawarkan oleh universiti.
  3. Bertindak sebagai penghubung rasmi antara UNIMEL dengan agensi jaminan kualiti dan akreditasi, khususnya Malaysian Qualifications Agency (MQA).
  4. Menyelaras dan memantau penyediaan dokumen bagi tujuan akreditasi, audit dan penilaian kualiti.
  5. Mengurus dan menyelenggara pangkalan data berkaitan status akreditasi, jaminan kualiti dan pematuhan akademik universiti.

Keanggotaan Unit

UAJK terdiri daripada tiga (3) orang staf pentadbiran seperti berikut :-

  1. Penolong Pendaftar, En. Wan Mohd Aminuddin bin Wan Rahim 
  2. Pembantu Tadbir Kanan (Akreditasi), En. Khirman bin Zainal
  3. Pembantu Tadbir (Jaminan Kualiti), Pn. Norazila binti Abdul Majid

 

Penyelaras Kualiti dan Akreditasi bagi Peringkat Fakulti/Pusat

Fakulti Sains Sosial (FSS)
Pn. Suzyliana binti Mamat
Pn. Noraini binti Abdol Raop
Fakulti Keilmuan Islam (FKI)
Pn. Noor Azizah binti Jakaria
Fakulti Pendidikan (FP)
Pn. Hidayah binti Tokiman
Fakulti Kejururawatan Dan Sains Kesihatan (FKSK)
Pn. Amilia binti Idris
Fakulti Undang-Undang, Governan Dan Hubungan Antarabangsa (FUG)
Pn. Rositah binti Kambol
Fakulti Perniagaan, Hospitaliti & Teknologi (FPHT)
Pn. Norzaimah binti Zainol
Pn. Hartini binti Adenan
Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU)
Cik Farrah Wahida binti Mustafar

Fungsi UAJK

1. Pengurusan Akreditasi Program Akademik
  • Menyelaras dan mengurus semua urusan akreditasi program pengajian bagi memastikan pematuhan kepada keperluan MQA dan KPT, termasuk penyediaan dokumen akreditasi, penyelarasan lawatan penilaian serta pemantauan status akreditasi.
2. Jaminan Kualiti Akademik dan Penambahbaikan Berterusan (CQI)
  • Menyelaras pelaksanaan sistem jaminan kualiti akademik universiti melalui pemantauan pematuhan standard akademik, pelaksanaan Continuous Quality Improvement (CQI), semakan program pengajian serta penyelarasan tindakan penambahbaikan secara berterusan.
3. Audit Dalam Akademik dan Pematuhan
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan audit dalam akademik bagi memastikan pematuhan terhadap dasar, prosedur dan standard kualiti universiti, di samping memantau pelaksanaan tindakan pembetulan dan penambahbaikan hasil penemuan audit.
4. Pengurusan Dokumentasi, Rekod dan Data Kualiti
  • Mengurus dokumentasi, rekod dan pangkalan data berkaitan akreditasi dan jaminan kualiti melalui penyelenggaraan dokumen, kawalan rekod, penyediaan laporan serta pengemaskinian maklumat bagi menyokong proses pemantauan dan penambahbaikan.
5. Latihan, Khidmat Nasihat dan Penyelarasan Kualiti
  • Menyediakan khidmat nasihat, latihan dan bimbingan berkaitan akreditasi dan jaminan kualiti, di samping menyelaras hebahan dasar, garis panduan serta program pembangunan kompetensi bagi meningkatkan pemahaman dan pematuhan warga universiti.
6. Pengurusan Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2015)
  • Menyelaras pelaksanaan dan penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2015) melalui pengurusan dokumentasi, pemantauan objektif kualiti, pengurusan risiko serta penyelarasan tindakan pembetulan dan Kajian Semula Pengurusan.

Senarai Program