Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA), Universiti Islam Melaka (UNIMEL) diwujudkan bertujuan untuk memastikan kualiti dan pembangunan program-program akademik yang terdapat di UNIMEL dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan hal ehwal akademik, termasuk peperiksaan, penyerahan dan penggubalan soalan peperiksaan dan pengiktirafan keputusan, serta kemasukan pelajar ke program-program asasi, diploma, ijazah Sarjana Muda, dan ijazah-ijazah lanjutan.
Pejabat TNCAA diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA). Terdapat 5 unit yang dikendalikan di Pejabat TNCAA UNIMEL iaitu Unit Akreditasi dan Kualiti Akademik, Unit Kemasukan dan Rekod, Unit Peperiksaan, Unit Pembangunan Kecemerlangan Akademik dan Unit Hubungan Antarabangsa.
Justeru itu, peranan utama Pejabat TNCAA adalah untuk memastikan kualiti pengajaran & pembelajaran dan pembangunan program-program akademik yang memenuhi kehendak pasaran dan industri. Pejabat TNCAA juga bertanggungjawab memantau keseluruhan hal ehwal akademik termasuk:
- Mengekalkan tenaga akademik berpengalaman dan berwibawa yang mencukupi.
- Menambah baik suasana pembelajaran yang tersusun atur.
- Menggubal ko-kurikulum yang setanding dengan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi yang tersohor. Ko-kurikulum yang berkualiti diiktiraf oleh Malaysian Qualifying Agency (MQA) dan agensi-agensi berkaitan.
Mempertingkatkan imej universiti ini sebagai sebuah institusi yang mengeluarkan para graduan yang berkualiti dari segi akhlak dan akademik yang mampu menjadi pemimpin masyarakat, institusi dan negara.